Rss Feed

Followers

Manfaat Dari Musibah

 Article was taken from ILuvIslam.com

"Benarkah penderitaan ada manfaatnya?", begitulah pertanyaan seorang sahabat kepada saya.

"Ya, jelas sekali banyak sekali manfaatnya disebalik sesuatu penderitaan," ringkas menjawab.

Saya kemudiannya cuba menjelaskan bahawa orang-orang yang hebat adalah mereka yang mampu mengharungi samudera lautan penderitaan biar pun kita tahu ianya dalam dan luas. Semakin menderita hidup seseorang maka semakin hebat cara hidupnya bagi mengatasi dan menghadapi penderitaan yang dialaminya. Asal kita tahu bagaimana mengelola penderitaan menjadi keindahan, kebahagiaan dan kesihatan dalam hidup kita.

Pertamanya, pengalaman menderita dalam hidup kita sebenarnya mengajarkan kita kepada limpahan kasih sayang Allah SWT agar kita semakin dekat dan taat kepada-Nya, dengan demikian limpahan kasih sayang Allah akan memenuhi hati kita dan hati kita akan memancarkan kasih sayang-Nya untuk semua orang yang disekeliling kita. Allah menimpakan kita dengan ujian dan penderitaan kerana Dia sayang akan hamba-Nya, agar diperingatkan pada kita bahawa Allah-lah tempat mengadu.

Pernahkah kita fikir, jika kita tidak ditimpakan ujian, bagaimana rasanya keadaan kita pada ketika ini? Mungkin leka dengan dunia dan mungkin juga lupa akan pengaduan kita pada-Nya. Ujian adalah peringatan buat diri yang bergelar hamba. Dengan dikurniakan dugaan dan penderitaan, kita mungkin akan terlatih untuk menjadi lebih sabar dan bijak dalam menghadapi kehidupan.

Keduanya, penderitaan yang kita rasakan, akan menjadikan kebahagiaan kita menjadi lebih sempurna. Mungkin akan timbul persoalan dikalangan sahabat sekalian, bagaimana mungkin kebahagian boleh menjadi lebih sempurna? Kebahagiaan yang sejati pada dasarnya adalah mengalami kegembiraan dan penderitaan secara seimbang. Sunnatullah kewujudan kita di muka bumi ini akan diuji dengan kesenangan mahupun kesusahan.

Bagaimana pula ujian kesenangan? Sebagai contoh, seorang kaya yang mana hidupnya dikelilingi harta, ujiannya ialah sentiasa merasakan tidak cukup dengan hartanya ataupun mungkin merasa hidupnya sentiasa tidak selamat kerana takut dirompak atau dicuri hartanya. Itulah realiti yang sememang perlu kita akui. Keseimbangan ini akan mampu menjadikan hidup kita menjadi lebih dinamik, sentiasa bersedia dan bersyukur ketika semuanya datang silih berganti antara bahagia dan derita.

Ketiganya, penderitaan yang dialami kita akan membuatkan kita semakin peka terhadap penderitaan orang lain. Kita secara tidak langsung akan memiliki sifat simpati dan kasih serta menghormati orang lain sebagai hamba Allah yang sama-sama dimuliakan. Malahan sifat pentingkan diri juga akan dapat kita singkirkan jauh dari diri kita. Kita tidak akan berani menghina, melecehkan, atau mencemuh orang lain kerana kita merasakan betapa pahitnya sebuah penderitaan. Seterusnya akan melahirkan insan yang bersifat dengan sifat syukur dengan apa yang ada, tidak tamak, melebihkan orang lain dan sebagainya lagi. Setiap ujian atau penderitaan akan mematangkan kita tiap kali ia menjelma kerana kita akan cuba mencari jalan penyelesaiannya.

Teringat suatu ungkapan yang pernah di sebut oleh Albert Ainstien, "seratus masalah , tak bererti seratus kali gagal, tetapi ianya akan menghasilkan seratus penyelesaian kepada seratus masalah."

Keempat, ketika hati kita remuk redam, ingin menangis menangislah sesungguhnya apa yang kita rasakan sakitnya, dengan menangis merupakan salah satu cara untuk membersihkan hati kita. Menangislah kepada Allah agar diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menjalani hidup ini.

Firman Allah SWT: "Apa yang disisimu akan lenyap dan apa yang disisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami memberikan balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan." (QS. an- Nahl : 96).

Kekal Motivasi :)

Setiap manusia tidak terlepas daripada mempunyai sifat dahagakan kejayaan. Dalam buku motivasi Rahsia Minda Jutawan, ditulis oleh Amar Mahmood ada mengatakan bahawa jumlah manusia yang betul-betul mengejar kejayaan mereka tidak sampai 3%.

Kejayaan didorong oleh motivasi yang kuat untuk mencapai sesuatu. Walau bagaimanapun, kebanyakan orang gagal untuk mengekalkan motivasi mereka. Ini menyebabkan ramai yang terkandas dan cepat mengalah sebelum bertindak.

Apakah faktor utama untuk kita mengekal motivasi selama 7 hari berturut-turut? Menurut kajian, apabila seseorang itu mampu mengekalkan motivasi selama 7 hari, maka proses untuk mencapai kejayaan adalah lebih mudah.

1 – [B]Cari Ayat Motivasi Relevan Selari dengan Impian[/B]

Lakukan sedikit carian untuk mencari ayat motivasi atau 'quote' daripada pakar dalam bidang masing-masing. Pastikan ayat tersebut tersebut selari dengan impian yang kita ingin kecapi.

Selepas itu, tulis semula dalam kertas atau cetak. Kemudian tampalkan di tempat yang mudah untuk kita lihat setiap hari. Untuk tambahan, jadikan ayat motivasi tersebut sebagai 'wallpaper' komputer kita.

Pakar psikologi mendapati ayat-ayat motivasi mampu meningkatkan motivasi dengan segera. Ia akan menjadi [B]lebih efektif jika kita mengulanginya setiap hari.[/B]

2 – [B]Membina Kumpulan Motivasi[/B]

Robert Kiyosaki, penulis buku [I]Rich Dad Poor Dad[/I] menyatakan bahawa seseorang itu mudah untuk mendapatkan motivasi berterusan, jika mereka bergerak secara kumpulan. Hal ini juga disebut dalam buku [I]Think & Grow Rich[/I] oleh Napoleon Hill.

Apabila kita [B]mempunyai kumpulan yang mempunyai matlamat sama[/B], maka potensi untuk kita kekal bermotivasi adalah tinggi. Ini kerana setiap seorang akan menyumbang kekuatan untuk memotivasikan individu yang lain.

3 – [B]Tulis Matlamat Setiap Hari[/B]

Dengan menulis matlamat setiap hari, kita dapat mengingatkan diri terhadap apa yang ingin dicapai pada masa akan datang. Secara tidak langsung ia dapat meningkatkan motivasi menerusi minda separa sedar.

Biasakan tulis matlamat sebelum kita tidur. Dengan cara ini, kita telah mengaktifkan minda separa sedar untuk memproses langkah-langkah, supaya mencapai matlamat kita tercapai.

Selamat beramal!

Artikel iluvislam.com
Don't fly too high, other wise you'll break all your bones and it will be harder to get up again.

The heavy stone on top of head

Dugaan. Ya Allah, berat betul rasanya bahu sekarang ni. Tapi aku cuba sedaya upaya ketepikan kesedihan aku, and live life as usual.

Orang tak kan pernah tahu, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Orang akan bagi macam macam persepsi. Tak apa, ya Allah. aku terima.

Sekarang aku hidup bukan manusia jadi keutamaan. Tapi Allah yang jadi keutamaan aku.

InsyaAllah kalau jalan berliku ni permulaan untuk aku cari makna kehidupan, aku redha. Allah pasti ada yang terbaik untuk aku.

Bagaimana seseorang itu mengaku dirinya beriman, sedangkan dia belum di uji oleh Allah.

Semoga ujian ini memantapkan Iman, menguatkan Aqidah, dan memperkasa jati diri. InsyaAllah.  

A tribute.

This a tribute to my new life. I have officially closed my previous blog due to certain private reasons.