Rss Feed

Followers

Glitters and blisters of life.

Kesenangan itu banyak melekakan. Kesusahan itu banyak menyedarkan.

Hari ini, hari yang banyak menyakitkan. Hari ini, hari di mana aku banyak sendiri. Hari ini, tak seindah hari semalam ku. Hari yang penuh tawa,senyum dan gurau senda. Hari ini, hari di mana aku di bawah kembali.

Tuhan itu Maha Penyayang. Walau aku kini di uji dengan segala yang aku sayangi terlepas pergi. Tapi harus bagaimana. Aku tahu Dia masih di sisi. Dia mahu aku kembali mencari yang hakiki. Astaghfirullah.

Bukan satu dugaan, bukan dua. Tapi kini menjadi tiga. Masya Allah. Tuhan yang Maha Besar. Diri ku diuji segenap sudut. Kini, aku terpalit masalah dengan salah seorang sahabat akrab, si gadis yang aku sayang.

Mungkin pada yang bukan lagi aku sanggup gelarkan kawan, aku lah si pesalah. Aku lah pemusnah antara dia dan dia. Tapi hakikatnya, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Aku bersabar ya Allah, selagi Kau masih di sisi.

Namun aku manusia biasa. Hati ku turut luka, merasa amarah. Tapi aku hanya menjaga persahabatan yang ada. Sebuah kebenaran perlu ditegak pasti. Itu baru namanya kejujuran.

Kebenaran bukan semuanya manis dan indah. Penuh kepahitan malah kebencian dari kalangan pendusta. Sedangkan si Kekasih Allah sendiri berhadapan dengan liku liku yang meruntun jiwa, demi menegakkan kebenaran di bumi Allah. Apatah lagi aku, hamba yang penuh hina dan dosa. Hanya kepada Mu ya Allah ku luahkan segala, kuserahkan segalanya.

Tak mengapa kalau hari ini aku dibenci. Tak mengapa. Yang penting bukan Allah yang membenci. Biarkan manusia menghukum. Asalkan bukan Allah yang menghukum. Biarlah Allah yang menguji, semoga dosa dosa lalu diampuni.

Sakitnya aku kini tak berteman, memang sunyi. Tak mengapa. Pada Nya aku meminta.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

0 comments:

Post a Comment